Ana səhifə

Y huruf ke-25 abjad Rumi. Y simbol kimia bagi itrium. Y2K


Yüklə 32.23 Kb.
tarix10.06.2016
ölçüsü32.23 Kb.
y huruf ke-25 abjad Rumi.

Y simbol kimia bagi itrium.

Y2K (Komp) gangguan pd sistem komputer disebabkan oleh kegagalan komputer mengenal pasti data menjelang tahun 2000 sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah kpd pengguna komputer, pepijat alaf.

ya I 1. huruf ke-29 abjad Arab (mempunyai nilai 10); 2. huruf ke-34 abjad Jawi.

ya II 1. sr kata utk menyatakan benar (setuju), memang benar, betul: ~, saya ada dua orang anak; ~kah engkau ini yg bernama Tuanku Malim Deman?; ~ tak ~ (juga) bp memang benar (betul), benar (betul) juga; 2. sr kata utk menyatakan sanggup (melakukan sesuatu dll), baiklah: ~lah patik membawa Duli Yang Dipertuan lari; 3. kata utk menyahut panggilan orang, saya: ~ pak cik;

mengeyakan mengatakan ya, membenarkan, menyungguhkan: lebih baik engkau yakan saja akan kata-katanya; ia II.

ya III sr kata utk memanggil (menarik perhatian dll), hai, wahai: ~ Allah, ~ Rabbi, ~ Saidi.

ya IV 1. kata yg digunakan pd hujung ayat sbg bertanya atau utk mendapatkan kepastian, ... bukan?: dia orang kaya ~? 2. kata tambahan yg merupakan atau menguatkan pertanyaan kpd diri sendiri, agaknya, gerangan, tah: siapa ~ yg berjalan itu? 3. kata utk menguatkan maksud kata sebelumnya: besok kita jumpa lagi ~.

YA kep Yang Arif.

YAA kep Yang Amat Arif.

YAB kep Yang Amat Berhormat.

yad Ar 1. tangan (orang); 2. kaki yg di hadapan (bagi binatang yg berkaki empat); 3. sayap (burung dll).

YADIM akronim bagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Yahudi = orang ~ bangsa yg berasal dr Israel (keturunan Yuda); agama ~ agama yg dianuti oleh orang Israel;

meyahudikan menjadikan seseorang Yahudi: setiap anak yg dilahirkan adalah suci, tetapi ibu bapalah yg mencorakkannya sama ada ~nya atau menasranikannya;

memperyahudikan ki memandang hina (rendah, keji, dll), mengejikan.

Yahudiah golongan Yahudi, orang-orang Yahudi.

yahum; angin ~ angin yg berpuput dr buritan kapal dll.

yais Id peringkat mulai tidak datang bulan lagi (bagi perempuan yg berumur di antara 45 dgn 50 tahun), mati (habis, putus) haid.

Yakjuj wa Makjuj Ar dua suku bangsa yg dipercayai akan membinasakan dunia apabila hampir kiamat.

yak I; belacak ~, melacak ~ terlalu banyak hingga bertimbun-timbun (buah-buahan, ikan, dll);

beryak-yak, teryak-yak terlalu banyak.

yak II sj lembu yg bertanduk panjang, berbulu tebal dan berjumbai-jumbai, yg terdapat terutamanya di kawasan pergunungan Himalaya dan di Tibet, Bos grunniens.

yakin betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh;

meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benar-benar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidiki dsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd;

meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng-dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~;

keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita;

berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang;

ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris.

yakis sj kera besar yg hidup di tanah.

yakni iaitu (diikuti oleh kalimat yg menjelaskan lagi maksud kalimat sebelumnya): majlis itu berhak bertindak dgn sendirinya, ~ dia tidak semestinya mengikuti nasihat sesiapa.

yakut sj batu permata.

yakuza 1. pertubuhan jenayah Jepun yg terlibat dlm perjudian haram, peras ugut dsb; 2. ahli kegiatan haram atau samseng Jepun.

yakyung sj kumbang yg bertanduk, kumbang gajah, kumbang kelapa.

YAM kep Yang Amat Mulia.

Yamtuan Yang Dipertuan, baginda.

yamyuh sj unggas kacukan ayam dan puyuh.

yang I 1. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan: rumah ~ besar itu; orang ~ sakit itu; 2. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa kata-kata (ayat) berikutnya ialah penjelasan utk kata-kata sebelumnya: banyak orang ~ ingin bersalam dengannya; 3. kata yg digunakan sbg kata penyerta, kata yg menentukan kata benda, kata sandang: ~ penting bagi kita ialah mengenai dasar; ~ kaya sama kaya; 4. sl ada pun akan: ~ hutang tuan hamba sekati emas itu halallah dunia akhirat; 5. bp kata penghubung utk menyatakan isi atau huraian kata (ayat) sebelumnya, bahawa: mengertilah cikgu itu ~ pandangan itu bermaksud meminta nasihat;

Y~ Amat Arif rujukan kehormat utk Ketua Hakim Negara (dlm situasi formal, spt di mahkamah dsb); Y~ Amat Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar; Y~ Amat Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tun dan Toh Puan; Y~ Amat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Undang (luak di Negeri Sembilan); Y~ Arif rujukan kehormat yg digunakan utk Hakim (pd situasi yg formal spt di mahkamah dsb); Y~ Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato', Datuk dan Datin (yg bukan wakil rakyat); Y~ Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri; Y~ Berhormat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri yg berketurunan raja; Y~ Dipertua orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu persatuan (perkumpulan dll); Y~ Dipertua Negeri gelaran utk ketua negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak; Y~ Dipertuan gelaran utk raja yg memerintah, sultan, tuanku; Y~ di-Pertuan Agong gelaran utk Ketua Negara Malaysia; Y~ Maha Kuasa Tuhan, Allah; Y~ Maha Mulia rujukan kehormat utk sultan atau raja yg memerintah; Y~ Mulia rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu; Y~ Teramat Mulia rujukan kehormat utk keluarga diraja yg terdekat.

yang II = yang-yang dewa;

beryang-yang membaca mantera memanggil dewa-dewa, memuja dewa-dewa: maka tuan puteri pun mengambil gaharu cendana janggi dibakarnya sambil ~; Tuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram di dlm taman itu ~ mengamalkan sekalian ilmu hikmat;

kayangan tempat kediaman segala dewa, keinderaan.

Yangki 1. orang Amerika umumnya; 2. bp pemuda yg terikut-ikut dgn gaya (yakni pakaian, kelakuan, dsb) pemuda Amerika; seluar ~ seluar potongan seluar gembala lembu di Amerika.

yang-yang; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar asam riang, akar kerayung, Vitis hastata.

yarmulka sj tutup kepala kecil bulat yg dipakai oleh lelaki Yahudi, terutamanya apabila bersembahyang.

yas hias.

Yasin = surah (surat) ~ surah ke-27 di dlm Quran.

yatim 1. anak yg kematian ibu atau bapanya; 2. = ~ piatu anak yg kematian kedua-dua ibu bapanya;

keyatiman keadaan yatim (kematian ibu atau bapa).

yaum Ar hari; ~uddin hari dipertimbangkan kebaikan dan kejahatan (dosa dan pahala) seseorang; ~ ul-akhir hari yg kemudian; ~ ul-kiamati hari kiamat; ~ ul-Mahsyar hari dikumpulkan segala manusia (utk diperhitungkan segala dosa dan pahalanya).

yayasan 1. pertubuhan yg dibentuk utk mengusahakan sesuatu (spt sekolah, badan penyelidikan, badan yg mengeluarkan biasiswa, dll): Universiti Harvard dan Yale di Amerika dibiayai oleh satu ~; 2. bangunan khas utk tujuan tertentu (spt rumah sakit, rumah anak yatim, dll).

yayi Jw, sl adik, adinda.

Yb simbol kimia bagi iterbium.

YB kep Yang Berhormat.

YBhg kep Yang Berbahagia.

YBM kep Yang Berhormat Mulia.

ye huruf ke-35 abjad Jawi.

yen (yén) unit mata wang Jepun.

yeti (yéti) sj makhluk besar yg berbulu lebat, seakan-akan manusia, yg dikatakan wujud di pergunungan Himalaya.

yg kep yang.

yis 1. sj kulat satu sel dlm kelas Ascomycetes yg dapat menapaikan gula dan kaya dengan vitamin B kompleks; 2. sj bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti dsb, dan utk menapaikan bir, wiski, dsb, ragi.

YM kep Yang Mulia.

yoga 1. sistem falsafah Hindu yg bertujuan menyatukan diri dgn Tuhan dgn mengheningkan fikiran (spt dgn bertafakur, dsb) melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran; 2. = senaman ~ berbagai-bagai cara utk mengheningkan (menenangkan) fikiran, spt dgn bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yg bertujuan mewujudkan keadaan badan dan fikiran yg sihat;

beryoga melakukan (senaman) yoga.

yogi 1. orang yg mahir tentang yoga, ahli yoga, guru yoga.

yogia berpatutan, padan, layak;

seyogia sepatutnya, selayaknya, semestinya: jikalau tuan hendak belayar, ~nya hamba dibawa.

yogurt makanan separa pejal yg disediakan melalui penapaian susu oleh bakteria (biasanya dibubuh perisa buah dll).

yoi Kd tanah lembut.

yojana sl jarak (ukuran) jauh, jauh: beberapa ribu ~ jauhnya;

seyojana; ~ mata (memandang) sejauh mata memandang;  saujana.

yolka (Bio) bahan nutrien yg terdiri drpd protein dan lemak yg terdapat di dlm ovum atau telur, dan merupakan simpanan makanan bagi embrio yg akan berkembang.

yong 1. Pr nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua.

yongyat Kd, Pn terhuyung-hayang (perahu dll), olang-aling.

yop Pr nama timang-timangan utk abang yg sulung.

you (yu) bp ganti nama diri kedua, awak, kamu, engkau, anda: ~ hendak ke mana?

yoyo sj mainan kanak-kanak yg berbentuk bulat pipih, menyerupai gelendong benang yg mempunyai lilitan benang kasar pd alurnya, dan jika dimainkan menyebabkan mainan itu berputar turun naik.

YPEIM kep Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.

yu I sj ikan laut, jerung;

~ belak = ~ pokah = ~ rimau = ~ tembaga sj yu, Cheiloscyllium indicum; ~ belangkas sj yu, Narke dypterygia; ~ bengkong a) = ~ mata jauh = ~ palang = ~ sanggul = ~ tanduk sj yu, Sphyrna blochii; b) = ~ mata jauh = ~ palang = ~ sanggul = ~ tanduk sj yu, Sphyrna zygaena; = ~ berui = ~ gergaji = ~ parang = ~ todak sj yu, Pristis cuspidatus; ~ bodoh sj yu, Cheiloscyllium indicum; ~ cermangi = ~ kia = ~ pengajam sj yu, Rhonibatidae; ~ cercak = ~ cicak = ~ tokeh = ~ pendek sj yu, Atelomycterus marmoratus; ~ giling = ~ manis = ~ tenggiri sj yu, Galeocerda cuvieri; ~ jaras sj yu, Mustelus manazo; ~ jerih = ~ pasir sj yu, Scoliodon sorrakowah; ~ jerung = ~ mata jauh = ~ palang = ~ sambaran = ~ sanggul = ~ sanggul lintang = ~ tanduk sj yu, Sphyrnidae; ~ kabut sj yu, Stegostoma fasciatum; ~ kecil sj yu, Scyllium spp.; ~ kemejan (kemenyan, kumian) sj yu a) Rhinobatis djeddensis; b) Rhinobatis granulatus; ~ kepak hitam = ~ nipah = ~ pulah = ~ punai = ~ sirip hitam sj yu, Eulamia melanoptera; ~ paus sj yu, Rhinodon typicus; ~ putih sj yu, Carcharodon carcharias;

spt ~ kia-kia, kepala ~ ekor pari prb orang yg tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah).

yu II Jw, bp kakak (perempuan).

yuan unit mata wang utama Republik Rakyat China.

yuda sl perang, peperangan.

yuk sr kata utk mengajak dll, ayuh: minum ~!

Yunani negara Greece (di Eropah); orang (bahasa, bangsa) ~ orang (bahasa, bangsa) Greek.

yunda kekanda (utk menyebut orang perempuan);  ayunda.

yuran wang yg dibayar tiap-tiap bulan atau pd waktu-waktu yg ditetapkan (kpd persatuan, kesatuan, sekolah, dll), wang sokongan (kpd parti politik dll): ahli persatuannya banyak yg tidak membayar ~.

yuyu Jk ketam.


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©kagiz.org 2016
rəhbərliyinə müraciət